41 research outputs found

    Kesan model unsur tautan terhadap pengajaran karangan Bahasa Melayu

    Get PDF
    Purpose – This study examine whether the teaching of cohesive ties using “The Cohesive Ties Teaching Model” can be used by teachers as a technique in writing quality essays. Method – This study was carried out using the Quasi-Experimental Design. Sample essays were collected from 60 Form Three students in a secondary school in Kedah. They were divided into two groups, 30 students were placed in experimental group, and the rest were placed in control group. To ascertain whether there is a significant difference between the scores of frequency in cohesive ties among the experimental and control groups in pre-test and post-test, the independent samples t-test was conducted using the SPSS for Windows Version 11.5. Findings – The finding of this study proved that the teaching of cohesive ties has given a significant effect on the scores of frequency in cohesive ties made by students in their essays. Value – This study extends the Bahasa Melayu education (especially in teaching and learning field) about the effectiveness of using The Cohesive Ties Teaching Model as a technique in writing quality essays

    Tingkah laku pengajaran dan kualiti peribadi pensyarah Universiti

    Get PDF
    Salah satu perkara yang membezakan guru sekolah dengan guru universiti ialah majoriti guru universiti tidak mendapat latihan iktisas perguruan seperti Diploma Pendidikan yang diwajibkan kepada guru sekolah menengah yang berijazah. Adakah tanpa latihan ini seseorang pensyarah tidak boleh menjadi guru yang baik dari segi penguasaan pengetahuan pengajaran dan tingkah laku? Kajian ini menjuruskan perhatian untuk menjelaskan tanggapan mahasiswa UUM terhadap pensyarah. Tanggapan yang diukur ialah dari segi keterampilan pengajaran pensyarah di bilik kuliah, kualiti peribadi pensyarah dan tingkah laku pengajaran yang tidak sesuai ketika menyampaikan kuliah. Kajian secara tinjauan ini menggunakan seramai 60 orang pelajar yang mengambil subjek Pengantar Penulisan sesi Mei 2000 dari enam buah sekolah di UUM. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang telah dibentuk oleh penyelidik berdasarkan sumber yang dikenal pasti daripada kajian Bahagian Pendidikan Guru (1995) bertajuk penilaian pensyarah oleh pelatih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi kualiti pengajaran pensyarah UUM, majoriti pelajar menyatakan pensyarah mereka hanya kadang-kadang berjaya melaksanakan tugas utama mereka dari segi pengajaran. Dari segi kualiti peribadi pensyarah ketika mengajar, mengamabarkan bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa pensyarah UUM mempunyai kualiti peribadi yang baik. Bagi teknik yung paling berkesan, dapatan dari tinjauan ini mendapati bahawa teknik perbincangan kelas diikuti dengan perbincangan kumpulan dan bersoal jawab merupakan teknik yang paling berkesan. Akhir sekali dari segi cara untuk meningkatkan kualiti pengajaran, kebanyakan responden menyenaraikan bahawa pensyarah perlu menyediakan suasana pernbelajaran yang jelas dan kondusif, menggalakkam penglibatab pelajar dengan aktif, mengambil kira perbezaan pembelajaran pelajar,menggalakkan pelajar mengenal pasti hasil pembelajaran dan perlu terlibat dengan penilaian kendiri

    Faktor-faktor yang mempengaruhi pengunaan sintaksis Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan sintaksis bahasa Melayu pelajar tahun lima dari segi sikap, motivasi dan stail pengajaran guru dan di samping itu, kajian ini juga cuba untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang paling dominan dalam mempengaruhi tahap penguasaan sintaksis pelajar ini. Kajian ini melibatkan seramai 120 pelajar tahun lima di daerah Kota Setar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 24 item dan dua latihan untuk mengukur keupayaan penguasaan sintaksis pelajar. Dapatan kajian menunjukkafiahawa terdapat hubungan yang signifikan, positif dan sederhana antara motivasi, sikap dan stail pengajaran guru dengan tahap penguasaan sintaksis pelajar manakala motivasi ialah pemboleh ubah paling dominan dalam mempengaruhi tahap penguasaan sintaksis bahasa Melayu

    Job motivation and performance of secondary school teachers

    Get PDF
    Performance can be regarded as almost any behavior, which is directed toward task or goal accomplishment. Despite extensive research, discussion and debate on how to predict employees' performance, teachers performance is complex and remains difficult to predict and evaluate. Teachers are still uncertain whether they can rely on some specific characteristics of performance. In view of this practice and in evaluating teachers' performance at the work place, it is therefore the interest of the researcher to conduct a study on secondary school teachers, so as to determine their job motivation and job performance. The second objective of this study is to compare job motivation with job performance and the third one is to compare teaching performance with job performance of secondary school teachers. This correlation study involved a total of 245 secondary school teachers throughout Kedah. Data will be analyzed using the t-test and ANOV

    Perkongsian pengetahuan di kalangan pensyarah kolej matrikulasi

    Get PDF
    Pengurusan pengetahuan telah muncul sebagai salah satu komponen terpenting dalam mewujudkan kelebihan persaingan kepada organisasi. Pengurusan pengetahuan melibatkan proses pengambilan, perkongsian dan penggunaan pengetahuan. Kajian terdahulu mendapati fasa perkongsian pengetahuan merupakan fasa yang kritikal dalam pengurusan pengetahuan. Kajian-kajian lepas banyak tertumpu dalam organisasi perniagaan dan kajian melibatkan institusi pendidikan merupakan suatu bidang yang baru. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan beberapa faktor terhadap perkongsian pengetahuan di kalangan pensyarah-pensyarah kolej matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemboleh ubah bebas kajian ialah faktor-faktor sosial. Pemboleh ubah bersandar pula ialah perkongsian pengetahuan. Sampel kajian terdiri daripada 297 pensyarah di sembilan buah kolej matrikulasi. Kerangka teoritikal kajian ini adalah didasarkan kepada model yang dihasilkan oleh Nonaka & Takeuchi (1995). Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data ialah soal selidik berdasarkan kepada item-item yang digunakan oleh Carlin & Womack (1999). Data-data dianalisis menggunakan ujian korelasi dan regresi berganda. Kajian mendapati faktor budaya mempunyai pengaruh yang paling kuat terhadap perkongsian pengetahuan dan semua faktor sosial kajian didapati mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kecenderungan untuk berkongsi pengetahuan

    The impact of quantum teaching strategy on student academic achievement and self-esteem in inclusive schools

    Get PDF
    Purpose – This research was aimed at showing the impact of a teaching strategy called the Quantum Teaching Strategy on students’ academic achievements in two school subjects, namely in Bahasa Indonesia and Science, in comparison to that experienced through classes using a conventional teaching strategy.This research also examined the role of self-esteem on the students’ academic achievements in both the subjects in inclusive schools in Indonesia.Methodology – This research was a quasi-experimental study on two intact groups of sixth graders of two different inclusive schools.The sample was assigned through multi-staged cluster sampling from 78 elementary schools in 15 sub-district areas.The data on student academic achievements was collected by means of tests, while the data on self-esteem were obtained through a questionnaire. T-test was used to analyze the different impacts of the Quantum Teaching Strategy and conventional teaching strategy on the academic achievements of students, while ANCOVA was applied to determine whether the students’ self-esteem influenced their academic achievements in Bahasa Indonesia and Science. Findings – The t-test showed that the Quantum Teaching Strategy had a better impact on both Bahasa Indonesia and Science achievements as compared to the conventional teaching strategy. Significance – Findings of this study can be used as a guide for planning and using Quantum Teaching Strategy in teaching and learning Bahasa Indonesia and Science in inclusive schools

    Pelaksanaan kemahiran berfikir, sikap pelajar dan masalah untuk mengaplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan membentangkan kajian berkenaan kekerapan pelaksanaan kemahiran berfikir oleh guru dan sikap pelajar terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di Kedah. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian ialah sebanyak 60 orang pelajar dan 4 orang guru Bahasa Melayu. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan protokol temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences versi 22. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru kerap mengaplikasikan amalan kemahiran berfikir dalam P&P. Selain itu, pelajar bersikap positif terhadap aplikasi kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga mendapati bahawa guru mempunyai beberapa masalah ketika aplikasi kemahiran berfikir, iaitu masalah masa persediaan mengajar yang panjang, pengetahuan sedia ada pelajar yang rendah dan sikap pelajar yang agak negatif terhadap kemahiran berfikir. Implikasi kajian ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kesedaran pelajar terhadap aplikasi kemahiran berfikir dan membantu guru mengatasi masalah ketika aplikasi kemahiran berfikir dijalankan

    Beban tugas guru sekolah rendah

    Get PDF
    Beban tugas guru mencakupi dua bidang utama iaitu tugas dalam akademik secara rutin dan bermusim, serta tugas bukan akademik secara rutin dan bermusim. Sebanyak 274 guru daripada 15 buah sekolah rendah di kawasan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Langgar di Daerah Kota Star Kedah telah terlibat sebagai sampel dalam kajian ini dengan nnenggunakan kaedah tinjauan melui soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS Versi 13.0. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga aspek perlakuan mengajar guru iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian belum mencapai tahap sebenar tugas guru. Namun, perlakuan mengajar guru tidak terjejas walaupuri bebannya meningkat. Guru-guru didapati menggunakan sebanyak 84.26 jam seminggu untuk menjalankan tugas rutin dan bermusim, iaitu sebanyak 52.40 jam (62.19 %) bagi tugas akademik dan 31.86jam (37.81 %) bag tugas bukan akademik. Persepsi guru juga mendapati keempat-empat kategori beban tugas adalah berat dengan petunjuk di antara 55.11% hingga 73.72

    Kepuasan kerja guru: Adakah ianya dipengaruhi oleh tingkahlaku kepemimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar?

    Get PDF
    Kajian dilakukan untuk mengenalpasti tingkahlaku kepimpinan guru besar yang dapat meningkatkan kepuasan dan keberksanan kerja guru di sekolah kebangsaan di negeri kedah. Sejumlah 361 orang guru di sekolah kebangsaan di negeri Kedah nterlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Kepimpinan transformasional, kepimpinan transaksional dan kepimpinan laisez-faire merupakan aspek tingkahlaku kepimpinan yang dikaji. Dapatan kajian mendapati kepuasan kerja dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi-dimensi di dalam kepimpinan transformasional dan transaksional. Analisis regresi stepwise mendapati guru besar yang dapat mencetus motivasi dan bertimbang rasa menjadi peramal yang berkesan ka atas peningkatan keberkesanan dan kepuasan kerja seseorang guru. Hasil kajian ini memberi pemahaman mengenai isu-isu dan strategi kepimpinan dalam pendidikan yang perlu di beri penekanan oleh pentadbir sekolah untuk memastian tahap keberkesanan pengajaran dan komitmen kerja guru berada di tahap yang tinggi
    corecore